Happy New Year & CAKE!

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak update. Rindu jugak nak berceloteh sorang2 ni. Hehehe :D 
Sekarang dah masuk tahun baru. Yes! 2013! Apa azam aku tahun ni?
Hmm, tak tahu lah. Azam tahun lepas pun tak pernah tertunai lagi. Lagi pula nak buat azam baru.
Emm, tp tak salah kan buat azam baru? And, bukan tiap2 tahun mmg kena ada azam baru ke? Aku pun tak tahu. :)

Well, sejak kebelakangan ni, aku asyik teringin nak makan something lah. Something like KEK! Yes!
Kek! Aku mmg teringin sangat. Contohnya, mcm kat bawah ni...



Rainbow Cake :)


Red Velvet Cake ♥


Chocolate Cake ;D

Red velvet adalah one of my favourite. Seriously, ia sgt SEDAP! 
Kalau yg rainbow tu, aku suka sbb dia sgt colourful! Well, kalau chocolate, everyone favourite kan? 
So, tak payah aku describe lah mcm mana aku suka chocolate cake :)
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku sgt teringin nak makan kek. Sebenarnya, baru-baru ni, aku dah makan
tp tak tahu kenapa, bila tgk je kek, asyik rasa nak makan je.


Sedihnya :'(

Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik, tinggal 4 hari lagi sebelum PMR yang sebenar.
Sebenarnya nervous jugak. Tp, aku dah berusaha. Mmg tak nampak. Tp, sebenarnya
aku berusaha tau. Jangan tak tahu :) Haha. 

Aku ni takde idea nak post apa sebenarnya. Tp, sebelum aku ambik PMR sebenar, at least aku nak update sikit. Sebenarnya, hari ni 4/10/2012, iaitu bersamaan hari Khamis. Adalah hari paling sedih sangat. *bagi aku je tau!
Hari ni adalah hari yang sedih, menyakitkan hati, dan paling tak boleh blah bagi aku. Sbb apa? Sbb crush aku main mata dgn classmate kitaorg. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Geramnya tuhan je yang tahu.
At first aku tak syak pape, lepastu tetiba mata aku yg gatal nak mampus ni, terpandang pulak aksi yg boleh buat hati aku terbakar!!!!!!
Mana taknya, elok je aku pandang, dia tengah tersenyum mesra dgn perempuan tu!
Aku apa lagi, secara automatik mata aku terus pandang perempuan tu. 
Bila aku pandang, perempuan tu tgh senyum malu-malu kucing.
Masa tu aku rasa mcm nak meletup pun ada. Nak menjerit pun ada. 
Tp, tak kesampaian sbb cikgu ada kat depan class. Kang dia ingat aku ni gila pulak. Tak pasal je tak ambik PMR. 
So, aku pun cuba lah sabar kan hati. Walaupun dah meluap-luap hati aku ni. 
Lepas tu, boleh pulak kwn sebelah aku ni buat hal. Aku dah tgh panas. Dia buat aku tambah panas. Tp, aku malas nak cari pasal dengan dia, aku mengalah. 
Sbb aku malas nak gaduh2. Aku ni baik. Tak suka gaduh2. *puihhh! :D

So, bila aku dah nampak aksi yg mmg tak boleh blah tu, mood aku berubah 81%. Kwn aku perasan. Dia tanya apasal. Aku kata takde pape. Aku malas nak ckp, tp lastnya aku ckp jugak. Sbb aku jenis yg tak boleh simpan kalau benda tu buat aku marah. 
Tahu apa kwn aku ckp? Dia boleh kata mcm ni.
"Farah, aku dah ckp, lupakan je dia. Kau degil. Tgk, sekarang kau dah jadi gila meroyan" 
Meroyan? Takde lah sampai mcm tu. -,-'
Lepas tu aku diam je. 
Bila aku fikir balik, ada betul jugak apa yg kwn aku ckp. 
And, sebenarnya, aku mengakulah, bila aku tgk dia ckp/layan/gurau dgn perempuan lain, mmg aku cemburu tahap rasa nak lempang je perempuan tu.
Tp, aku ni masih waras. Takdelah sampai nak buat mcm tu. Cuma kadang2 rasa mcm tu.
Yelah, boleh bayang tak, crush korang layan perempuan lain baik punya.
Tp, bila dgn korang, mcm tunggul. 
Mesti sakit kan? Mcm tu lah aku rasa. 
Tp, aku cuba sabar kan hati aku selagi aku masih boleh sabar.
And aku mmg tak boleh bayang kalau kesabaran aku dah hilang. Bukan setakat meroyan, mesti gila terus.
*Nauzubillahhiminzallik :) Minta dijauhkan. Amin.






Gangnam Style - Psy :D

Assalamualaikum :)

Korang dah tgk video dia? Belum? Takpe2. Pergi  youtube, type 'Gangnam Style MV', berlambak 
keluar. Pilih je yg mana rasa nak tgk. Yang mmg MV dia, tak pun yang parody punya. Semua ada. :)

Check it out ----->




Tgk tarian kuda tu, rasa mcm nak buat la pulak. Amacam? Oppa Gangnam Style!!!!!!!

Hmm? O__o

Assalamualaikum :)

Hihi :) <---- asal ni? Gila? Haha. Whatever. Back to story.
Hari aku nak story pasal.... tak tahu lah. Ada benda sebenarnya aku nak cakap. Tp, aku takut.
Okay, okay macam ni. Aku nak cerita pasal satu perempuan kat sekolah aku.
Dia ni sangat annoying!!!!! Dia atau aku panggil b***h! (batal puasa aku macam ni).
Tp, seriously! Dia sangat menyakitkan hati.
Mana tak nya. Dia selalu rasa dia paling hot, paling cantik, paling ramai peminat, dan segala jenis paling lagilah.
Sakai kan?! Aku tahu!
Tu yang aku menyampah tahap benci tu.
Kalau kau rasa tahap popular kau tu macam suam-suam kuku je,
tak payah lah nak perasan sangat.
Kau ingat perangai kau tu, semua orang suka?
Tak semua orang suka tahu tak? Termasuk lah aku!

So, kesimpulannya di sini.
Lain kali jgn nak perasan cantik, perasan kau tu hot, perasan semua
lelaki nak kat kau sangat ehh!
Lagi pun aku tak hadap sangat nak tengok muka kau tu.
Bibir pun mcm si Justin Bieber tu, ada lagi rasa yang kau tu popular sangat.
Aku tahu yang aku ni bukannya hot stuff. Tp, setidaknya aku sedar. Kau?
Apa pun tak boleh!


 



Boyfriend, Boyfriend, Boyfriend. Tak bosan ke?

Assalamualaikum :)

Perghh, statement! Sakainyaaa!!!!!!!!!! Whatever. Haha. So, kenapa terciptanya
title tu? Entah. Random dari kepala hotak aku. Kahkahkah :D Okay, diam.
Sebenarnya, tadi tgh dok belek2 blog updates, ternampak lah satu minah senget yang batak kan boyfriend.
Hahaha. Nak ketawa pun ada. Haha. <----- memang dah pun =='. Back to story. Kesianlah pulak. Dia asyik tulis mcm ni. " Need a new boyfie. Yes! I'm looking for a new boyfie" . Kenapa? Kenapa? Kenapa? Why, you need a boyfriend? Kau ada family, kawan2. Kenapa perlukan seseorang yg satu hari nanti akan sakitkan jugak hati kau yg suci tu? Tak payah lah nak ber-boyfriend sekarang. Nak ber-boyfriend tunggu kau dah kerja ke hape ke. Masa tu, baru boleh fikir pasal boyfie or what so ever tu semua. Lagipun, tak payah lah nak menambah dosa bercouple kalau dosa dah banyak. Ni bukan sebab jeles aku still single ke hape. No! Tak jeles langsung. Ni sebab kes kesian. Dah mcm perempuan desperate aka perigi cari timba. :( Okay, katakanlah ada seorang hamba Allah yg bernama LELAKI terbaca apa yg kau tulis. Kau rasa lelaki tu akan fikir apa? Let's check it out -------->



P: I need a new boyfie. Yes! I need!!!!!!!!!!

L: *terbaca* *kemudian berfikir* Uihh, perempuan ni. Batak gila. Kalau couple
mesti senang kena tipu. Hahaha (evil laugh)



See? Mmglah bukan semua lelaki mcm tu. Tp, dalam dunia ni mesti ada punya. Kalau ikutkan, aku takda hak nak ckp pasal lelaki kalau aku tak kenal dorang dengan lebih rapat. Tp, still ada ke lelaki yg 
loyal zaman sekarang ni? Mungkin ada. Mungkin tak. 1 dalam 1000. Aku pun tak tahu. 


So, conclusionnya janganlah harapkan lelaki yg entah akan jadi jodoh kau ke tidak. Mmglah senang nak cari boyfie. Tp, senang ke nak cari yg taat pada Allah, Nabi Muhammad dan jugak parents dia? Senang ke nak cari yg sayang dan setia kat kita? Senang? Kalau senang, minta dia masuk meminang kau terus. 


Lagi satu, kalau dah ada boyfriend, duit kau mesti cepat habis. Kalau perasanlah. Lepas tu kena ikat perut simpan duit. Kalau jenis berjimat-cermat takpa. Kalau boros? Huisshh, masalah besar tu. Sbbnya, nak beli topup. Haihh, aku mmg tak fahamlah asal org nak sgt ada boyfriend. Tak bosan ke? Tp, tipulah kalau aku ckp aku tak pernah rasa mcm tu. Lumrah manusia. Mesti ada punya. Aku pun kalau suka, tu sebenarnya atas dasar minat. Bukannya cinta. Minat dahlah. Tak payahlah sampai nak buat boyfie. Kalau dia pun suka kau balik, itu lain cerita lah. Kan?! :D

EXO-K !

Assalamualaikum :)


Dah lama tak update. Winduuu sgttttt. Haha. Okay, hari ni nak story pasal
tak lain tak bukan.... *bunyi dram.... KPOP lah. Habis tu nak story apa lagi. Tu je yg rasa nak post sekarang. Haha. Tp, kali ni lain. Kali ni bukan pasal SHINee ke hape ke. Kali ni pasal new boyband from korea and china. Aku tak sure sgt dorang baru or tak. Sbb aku pon baru je minat. So, agak ketinggalan jugak lah. Haha. Pape pon, aku still nak ckp pasal dorang ni. Btw, kenapa aku ckp dorang ni boyband dari korea and china? Sbb ada separuh korea, separuh china. Yg korea dorang panggil EXO-K. Kalau yg china EXO-M. So, aku minat EXO-K. Aku tak minat sgt EXO-M. Sbbnya, entahlah. Haha. Tp, aku suka lah tgk2 je muka EXO-M tu. Ada jugak yg hensem. Tp adat lah kumpulan. Mesti ada je yg muka mcm haremmm. Kan?! Haha. 


Okay, let me introduce you.... EXO-K :)





1. Suho



Birth Name: Kim Joon Myun
Stage Name: Suho
Date of Birth: May 22, 1991
Height: 176 cm
Nationality: Korean
Position: EXO-K Leader, Lead Vocalist


2. D.O



Birth Name: Do Kyung Soo
Stage Name: D.O.
Date of Birth: January 12, 1993
Height: 173 cm
Nationality: Korean
Position: Main Vocalist


3. Baekhyun



Birth Name: Byun Baek Hyun
Stage Name: Baekhyun
Date of Birth: May 6, 1992
Height: 174 cm
Nationality: Korean
Position: Main Vocalist



4. Kai




Birth Name: Kim Jong In
Stage Name: Kai
Nickname: Kkamjong
Date of Birth: January 14, 1994
Height: 182 cm
Nationality: Korean
Position: Main Dancer, Vocalist, Lead Rapper, Visual



5. Chanyeol



Birth Name: Park Chan Yeol
Stage Name: Chanyeol
Date of Birth: November 27, 1992
Height: 185 cm
Nationality: Korean
Position: Main Rapper, Vocalist



6. Sehun



Birth Name: Oh Se Hun
Stage Name: Se Hun
Date of Birth: April 12, 1994
Height: 181 cm
Nationality: Korean
Position: Lead Dancer, Rapper, Sub-Vocalist, Maknae



So, amacam? Hensem kan? Haa.. dah agak dah.
Hensem kan?! Favourite aku yg first and yg forth. Adik aku punya yg last sekali. Haha. Aku dgn adik 
aku kalau minat, mesti nak sama ahli kumpulan. Haha. Senang nak tgk gambar. :D


Sebelum tu, aku nak post satu lagu dorang. One of my favourite jugaklah.
Reason? Sbb beat dia sgt gempak. Haha. Enjoy!



*Tarian tangan dlm seluar tu, kinda annoying. Haha. Tp, still lagu 
favourite aku ;)







Random! *bosan punya pasal :)

Assalamualaikum :)



 Cutie little baby... awww :)



This is soooooooo true!!!!!!!!!!!!!




Stay away from me bitch! You fuck!



Keep calm and stay classy baby :D